Wednesday 20 July 2011

1st booth Rainbow Lala

Alhamdulilah akhirnya berjaya juga Rainbow Lala membuka booth sendiri di Kompleks Media Karangkraf pada ahad lepas. Dengan sedikit usaha dan berkat kesabaran akhirnya impian Rainbow Lala untuk melebarkan sayap perniagaan kecil-kecilan ini berjaya juga di laksanakan.

Rainbow Lala telah bergabung membuka booth dengan DhilaPlus Couture yang diasaskan oleh adik saya sendiri. Kami sama-sama bersengkang mata untuk membuat pelbagai persiapan kecil demi menjayakan booth pertama kami ini.

Terima kasih kepada yang menyokong saya terutamanya pihak keluarga, suami dan semangat diri saya iaitu anak saya sendiri Raina Evaqairina. Tidak lupa juga kepada kawan-kawan saya yang menyokong Rainbow Lala ini.







Lots of love,
Nurul Jamian from Rainbow Lala

Rainbow Lala sourvenior and gift


Inginkan kelainan dalam majlis anda? Hubungi Rainbow Lala.

Kami ada menyediakan home made paper bag, label untuk botol dan kami juga ada menyediakan sourvenior seperti cup popcorn dan banyak lagi produk baru dari kami.

Ayuh, hubungi kami di Rainbow Lala dengan menghantar email untuk tempahan. Kami sedia membantu untuk memberkan perkhidmatan yang terbaik : rainbowlala_lala@yahoo.com atau ainiee_overmars@yahoo.com

Tuesday 28 June 2011

Rainbow Lala Apam polka dot


Apam polka dot ini didatangkan dengan warna yang menarik dan sesuai untuk sebarang majlis seperti majlis kahwin, cukur jambul, aqiqah, birthday party dan sebagainya. Rainbow Lala menawarkan pelbagai warna yang menarik dengan saiz yang begitu comel.

Minimum order 50 pcs. Untuk tempahan bolehlah hubungi pihal Rainbow Lala

Rainbow Lala macarons



Mahu mencuba macarons si Rainbow Lala?

Harga lebih murah berserta saiz yang lebih besar. RM2.60 sebiji. Minimum order 10 pcs. Ayuh rasakan kelainan perisa yang terdapat pelbagai jenis seperti perisa mint, lemon, blueberry, coklat, strawberry, vanilla, cuppucino dan oreo.

Untuk tempahan bolehlah hubungi kami di : rainbowlala_lala@yahoo.com atau ainiee_overmars@yahoo.com

Thursday 14 April 2011

Assalamualaikum

Assalamualaikum semua,

Permulaan entri biarlah saya dahulukan dengan pengenalan perniagaan kecil-kecilan saya ini. Saya sudah lama melibatkan diri dalam bidang art and design hasil tunjuk ajar pensyarah-pensyarah saya di UiTM juga di samping minat saya yang mendalam terhadap bidang ini.

Jadi, saya tidak mahu sia-siakan minat dan sedikit bakat yang ada dalam diri ini. Maka terhasillah perniagaan kecil-kecilan ini. Untuk permulaan ini, saya perkenalkan beberapa produk dari Rainbow La La. Antaranya label untuk botol mineral, tag card untuk paper bag, goodies bag, DIY paper bag, sticker label dan sebagainya.

Harga di Rainbow La La di jamin lebih murah di samping kualiti yang di berikan.

Ikhlas dari,
Rainbow La La